Blog Description Here


Juz 1, Surah 2 Al-Baqarah, ayat 67 – 73: Di zaman Nabi Musa terjadi pembunuhan ke atas seorang perempuan. Setelah disiasat untuk mencari pembunuhnya, tidak juga ditemui pembunuhnya. Maka masyarakat Bani Israil menghadapkan perkara ini kepada Nabi Musa. Nabi Musa bertanya kepada Allah untuk mendapatkan penyelesaian.
>>>Baca seterusnya.....

In on .

Hari Khamis, jam 8.00malam, Buletin Utama TV3 menyiarkan rakaman petikan ucapan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru dari Parti Keadilan Rakyat, Zulkifli Nordin yang berucap didalam sidang Parlimen pada waktu siangnya.

Suara Zulkifli Nordin sangat jelas, tegas dan lantang yang keluar dari corong suara peti tv, antara katanya: " Islam dihina kanan kiri atas bawah dari pihak kerajaan dan juga dari sebelah
pembangkang. Suara azan yang menjadi syiar Islam dipertikaikan."
>>>Baca seterusnya.....

In on .

*8.18 minit, Pagi Ahad, 21 April 1991.

BASMALAH WALHAMDALAH


Persiapan menghadapi Dunia Baru Islam hendaklah dikemaskinikan.

1)Barisan yang dipercayai hendaklah diletakkan di hadapan.
2)Barisan yang patuh dan setia diberi arahan.
3)Barisan yang diragui diawasi gerak-geri mereka.

Umat Islam sedang berhadapan dengan DUNIA BARU ISLAM. Islam yang diselimuti bida’ah dan khurafat akan dihapus dari pegangan umat. Islam yang didokong oleh mujahid yang bersedia mengorbankan semua milik peribadi demi tertegaknya kalimah Allah yang maha tinggi akan muncul di tengah ummah.
>>>Baca seterusnya.....

In on .

1julai - 7julai08 bersama tujuh orang mahasiswa telah dilancarkan Program Latihan Kader Mahasiswa di daerah kecil Matunggong. Kg Pomonsukan menjadi pusat gerakan dalam program ini. Tujuannya adalah untuk melatih mahasiswa terjun ke lapangan dakwah secara langsung agar mereka mendapat ilmu dan pengalaman dalam berdakwah. Dibawah bimbingan Ustaz Abdul Halim Abas mahasiswa ini diberi ruang bergelanggang malah gelanggang dakwah yang penuh kesukaran merentas bukit-bukau, jalan yang grable, kadang-kadang tak ada makanan, tempat tidur yang tidak selesa, kesukaran mendapat air bersih untuk mandi dan berbagai cabaran lagi.

In on .

Perdana Menteri Sudan akan ditangkap. Hakikat sebenar disebalik kekacauan Sudan adalah pertembungan antara salib dan islam. Tidak ada dolak-dalik lagi bahawa Amerika yang menjadi dalang kepada peperangan salib ini. Terbukti Amerika lah yang melancarkan perang terhadap Irak dan Afghanistan. Tidak ada satu negara di dunia yang mahu bertindak menangkap presiden Amerika.

Umat Islam tidak perlu diberitahu tentang perang salib gelombang ketiga ini kerana tidak akan sampai sepuluh jari yang akan mempercayainya.

In on .


Yang bernama sahabat nabi semuanya berani, tidak ada yang penakut. Yang nama sahabat kita semuanya penakut tak ada yang berani.

Beraninya sahabat nabi, berani mempertahankan hak. Beraninya sahabat kita berani mempertahankan kehidupan, demi kelangsungan kehidupan apapun akan dilakukan. Tak peduli halal haram.
>>>Baca seterusnya.....

In on .


Masih ramai umat Islam khususnya di Sabah dan Mindanao yang buta Al-Quran. Jika digabung semua umat Islam di dua negeri ini jumahnya tidak kurang dari 6 juta orang. Sepatutnya mereka mempunyai 6000 orang hafiz quran dan 4 juta daripada mereka yang dapat membaca dan memahami Al-Quran dengan baik.

Untuk mencapai target ini maka perlu ada program membasmi buta quran. Untuk itu kita perlu melahirkan guru-guru Al-Quran dan menyediakan mushaf Al-Quran sebanyak 4 juta buah. Selain daripada itu perlu kepada madrasah-madrasah Al-Quran yang canggih dengan persediaan alat-alat belajar yang terdiri daripada komputer yang memiliki software Al-Quran.
>>>Baca seterusnya.....

In on .

Naskhah mashaf al-Quran resm Uthmani akhirnya tiba di Pelabuhan Sabah, Kota Kinabalu pada 22 Mei 2008. Hanya pada 9 Jun 2008, al-Quran yang sampai itu dapat dibawa keluar dari kontainernya lalu diagih-agihkan kepada umat Islam dari kalangan miskin di sekitar kotaraya Kota Kinabalu. Sekitar 700 naskhah al-Quran telah diwakafkan oleh umat Islam dari semenanjung.

Penghantaran al-Quran itu merupakan kali ke 2 selepas penghantaran yang pertama ke Sandakan, Sabah dalam bulan Mac 2008.

Penghantaran dalam bulan Mac tersebut ialah sebanyak kira-kira 1300 naskhah dan telah berjaya dihantar ke Jolo, bandar kepulauan Sulu.

Datu Lajamura bin Datu Wasik yang tinggal di Jolo telah menagihkan al-Quran itu kepada umat Islam di kepulauan Sulu terutamanya kepada para imam masjid.

In on .

Pomasukan ialah sebuah kampung yang majoritinya dihuni masyarakat Kaum Rungus yang sudah Islam. Selama seminggu yang berakhir pada 10 Jun 2008, sekumpulan pelajar dari pusat pengajian tinggi meredah kepayahan terutama air bersih, makan ala kadar serta tidur dalam rumah yang sangat sederhana binaannya.

Kampung yang terletak dalam daerah kecil Matunggung, Kudat, Sabah itu telah beberapa kali menerima kunjungan para daei dalam rangka pemantapan cara hidup Islam.

Dalam kursus yang diadakan itu, 6 kanak-kanak dari keluarga Kristian turut belajar solat dan berjaya menghafal surah al-Fatehah. Semoga hati keluarga mereka diberi taufik dan hidayah oleh Allah SWT dan sekaligus menganut Isalam.

In on .

Malam ini, 11 Jun 2008 hari Rabu, berceramah di rumah saudara Ridzuan di Sandakan. Beliau mengumpul kira-kira 20 sahabatnya yang terdiri dari pemuda-pemuda yang sedang mencari haluan hidup. Termasuk dalam khalayak ceramah itu ialah 20 orang pelajar Sekolah Agama Islam Sandakan.

In on .

Abdul Halim Abas

Tertegaknya Islam dengan 4 perkara : 1)Keadilan para penguasa 2)Ilmu para ulama' 3)Pemurah orang-orang kaya 4)Doa fakir miskin