Friday, October 24, 2008

Islam Dihina Kanan Kiri Atas Bawah

Khamis, jam 8.00malam, Buletin Utama TV3 menyiarkan rakaman petikan ucapan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru dari Parti Keadilan Rakyat, Zulkifli Nordin yang berucap didalam sidang Parlimen pada waktu siangnya.

Suara Zulkifli Nordin sangat jelas, tegas dan lantang yang keluar dari corong suara peti tv, antara katanya: " Islam dihina kanan kiri atas bawah dari pihak kerajaan dan juga dari sebelah pembangkang. Suara azan yang menjadi syiar Islam dipertikaikan."
>>>Baca seterusnya.....

1 comments:

Abu Bakar Web said...

Umat Islam perlu tegas dalam mempertahankan kesyumulan Islam. Dalam masa yang sama perlu bertindak bijak dan berhemah. Bukan berani secara semberono. Berani tanpa Ilmu, bodoh. Berilmu tanpa keberanian, dayus. Maka harus ada generasi yang tegas mengembalikan kegemilangan Islam dengan pemikiran yang rasional dan waras. Mereka ini melihat masalah yang tidak boleh dilihat secara zahir, dengan mata hati. Maka untuk memahami apa yang mereka lakukan, kita harus melihatnya dengan mata hati juga. Kerana penglihatan zahir hanya terhad di depan mata sahaja. Manakala pelihatan mata hati jauh kehadapan menerobos sempadan negara dan masa. Jika dilihat dengan mata kasar, sudah tentu nampak keburukan. Hendak melihat kebaikan harus menggunakan mata hati. Seperti mana kehidupan para sahabat. Jika dilihat dengan mata kasar, kehidupan mereka dhaif seolah-olah sama saja dengan golongan miskin. Tetapi merekalah yang meletakkan 2/3 DUNIA di bawah tangan ISLAM.