
Seluruh ilmu sama ada naqli iaitu bersumberkan Al-Quran dan hadis atau aqli baik zahir maupun ghaib adalah dari Allah - dulu, kini dan akan datang.
Manusia hanya menzahirkan apa-apa ilmu serta diterjemahkan dalam bentuk penemuan baru dan juga perbuatan.
Saya, al-faqir yang dhaif, hanya mendapat sangat sedikit limpahan ilmu dari Allah SWT. Terhimpun dalam ilmu yang sedikit itu ialah tahu sekadar perlu dalam mengendalikan blog.
Semoga apa yang ditulis dalam blog tersebut dapat dikongsi bersama dalam ruang membina jiwa besar dan pemikiran jalur lebar.
Terimalah saya sebagai seorang blogger dengan seadanya dalam perkampungan blog jagat raya.
0 comments:
Post a Comment